awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/02/2025
10:15 MYT
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi waktu pertanyaan menteri ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.

Ringkasan AI
  • Malaysia akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang mengandungi empat pelan strategik untuk merangka hala tuju rantau ini bagi tempoh 20 tahun akan datang.
  • Malaysia akan memberi tumpuan kepada memastikan rantau ASEAN kekal aman dan stabil, meningkatkan pelaburan dan perdagangan intra ASEAN, serta mempromosikan komuniti yang inklusif, mampan, dan berdaya saing.
  • Malaysia akan memastikan visi ini menjadi kerangka utama dalam menangani cabaran semasa dan akan datang melalui pelbagai kerjasama strategik yang telah dikenal pasti.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, visi itu mengandungi empat pelan strategik yang bakal merangka hala tuju rantau ini bagi tempoh 20 tahun akan datang.
“Malaysia akan memastikan visi ini menjadi kerangka utama dalam menangani cabaran semasa dan akan datang melalui pelbagai kerjasama strategik yang telah dikenal pasti. Kesemuanya pelan tindakan ke arah keamanan dan kestabilan di rantau ini,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Tambahnya, Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekali gus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
“Malaysia akan memberi tumpuan kepada meningkatkan usaha untuk memastikan rantau ASEAN kekal aman dan stabil selamat dan makmur ketika berhadapan cabaran geoppolitik antarabangsa.
“Ini akan dilaksanakan dengan membina keyakinan strategik, dialog dan diplomasi dengan prinsip kepusatan ASEAN.
“Kedua, panduan kita ialah Malaysia akan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan intra ASEAN yang masih lagi amat rendah, tak sampai 25 peratus pun.
“Ketiga, hala tuju kita ialah Malaysia akan mempromosikan satu komuniti yang inklusif mampan dan berdaya saing dengan mengutamakan usaha merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan kualiti kehidupan dan menangani impak perubahan iklim supaya manfaat ekonomi dan pembangunan dapat dirasai semua lapisan masyarakat di rantau ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Visi Komuniti ASEAN 2045
#Mohamad Hasan
#Dewan Rakyat
#Kepengerusian ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan