awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Paru-paru bayi maut tertindih ada kesan cedera

Bernama
Bernama
20/06/2025
03:25 MYT
Paru-paru bayi maut tertindih ada kesan cedera
Dalam kejadian pagi semalam, bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di Melaka. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Hasil keputusan bedah siasat bayi lelaki berusia tiga bulan yang maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kecederaan itu mungkin disebabkan situasi tertindih yang menyukarkan bayi terbabit bernafas.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Muhammad Khairul Afizal mendapati kes diklasifikasikan sebagai pending laboratory investigation dan beberapa sampel telah diambil untuk ujian toksikologi ke Jabatan Kimia Melaka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, bedah siasat terhadap bapa bayi, Nuruleffendy Ibrahim, 35, pula mendapati terdapat satu sumbatan dan dua injap jantung yang tertutup, namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.
"Hasil bedah siasat diklasifikasikan sebagai Ischemic Heart Disease atau penyakit serangan jantung," katanya.
Dalam kejadian pagi semalam, bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai akibat tertindih lengan bapanya yang terkena serangan jantung di kediaman mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini.
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh isterinya, Azura Abdul Malik Yaher, 37, yang pulang ke rumah untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#tertindih
#Melaka
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami