Tindakan PAS untuk tidak membenarkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long dari membuat sebarang kenyataan spontan kepada media telah dilihat sebagai cubaan untuk mengelakkan calonnya itu dari tersilap cakap sekali lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu mungkin kerana PAS takut calonnya itu mungkin tersalah cakap ketika ditanya pemberita mengenai aspirasinya apabila menjadi wakil rakyat nanti.
“Saya sudah dengar bahawa calon ini (Azlan) akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, dan beliau sendiri pula akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.
"Ini jelas membuktikan bahawa calon Pas ini lebih berminat untuk berniaga dari menjadi wakil rakyat,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah SMK Alor Peroi disini petang tadi.
Menurutnya lagi, tindakan itu telah mendedahkan hakikat yang bakal berlaku kepada penduduk Kuala Besut seandainya calon Pas ini dipilih menjadi wakil rakyat dan mungkin disebabkan tindakannya itu Pas telah tidak membenarkan lagi beliau mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kita tiada halangan untuknya berniaga tetapi apa yang lebih penting disini tanggungjawab utama ialah untuk menjada pengundi-pengundi di kawasan ini dan kita tidak tahu mungkin beliau disuruh menjadi calon untuk bertanding tetapi sebenarnya beliau lebih berminat kepada soal perniagaan,” katanya lagi
Sementara itu, dalam masa yang sama, masyarakat Kuala Besut diharap tidak akan terpengaruh dan termakan dengan tipu helah pembangkang menerusi dakwaan-dakwaan yang tidak berasas terhadap kredibiliti calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali dalam sidang medianya pada Sabtu lalu, mengatakan bahawa calon BN itu bukanlah berasal dari Kuala Besut sebaliknya dari Putrajaya.
“Saya agak hairan bagaimana kenyataan seperti ini boleh keluar walhal Tengku Zaihan ini adalah anak tempatan yang lahir di Kuala Besut malah beliau adalah anak seorang ustaz dan ibu bapanya masih berada disini,” kata Muhyiddin.
Beliau yang juga Pengarah Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut menambah serangan peribadi seumpama ini sepatautnya wajar dielakkan terutama di bulan Ramadan ini.
“Sepatutnya sebagai calon yang akan bertanding disini, mereka (Pas) membentangkan apa khidmat atau pelan yang akan dibuat jika dipilih jadi wakil rakyat daripada berterusan membuat serangan peribadi,” katanya.
Beliau berpendapat rakyat Kuala Besut tidak akan terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa kerana masyarakat disini lebih mementingkan kepada soal apa yang boleh dilakukan oleh calon untuk membantu mereka menyelesaikan isu yang mereka hadapi.
Majlis tersebut itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.
Aizat Sharif
Wed Jul 17 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pas 'gam' calon beri kenyataan jelas takut dari tersilap cakap sekali lagi
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu mungkin kerana Pas takut calonnya itu mungkin tersalah cakap ketika ditanya pemberita.