PAS Kedah mungkin meletakkan calon untuk bertanding di dua kerusi iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata PAS negeri juga sedang menimbangkan untuk tidak mencalonkan semula beberapa wakil rakyat sedia ada bagi memberi ruang kepada muka baharu.
Beliau berkata ketika ini nama calon bagi PAS Kedah masih belum dimuktamadkan dan mungkin diumumkan selepas 9 April.
"Sekarang ini tengah buat finishing touch...tak boleh gopoh-gopoh. Tahun 2004 dan 2008 kita umum serentak (bersama parti pembangkang lain)," katanya pada sidang media mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Mengenai desakan beberapa pemimpin akar umbi PAS yang mahukan beliau digantikan dengan calon lain pada PRU-13 berikutan masalah kesihatan yang beliau alami, Azizan berkata beliau akan bertanding termasuk mempertahankan DUN Sungai Limau jika diminta pucuk pimpinan parti.
"Kalau orang cakap dah lama, beri orang lain takpe lah. Tapi saya tetap ketuai PAS negeri bersama pakatan pembangkang untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) (pada PRU13). Saya nak jadi kapten, saya jeneral pilihan raya, tak boleh lemah, kena kuat.
"Kalau masalah kesihatan, Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi sakit. (Pengerusi DAP) Karpal Singh naik wheel chair (kerusi roda) terus," katanya.
Azizan berkata beliau merupakan wakil rakyat paling lama di Kedah, selain Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sharif.
Ditanya mengenai pembahagian kerusi yang masih belum selesai antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memungkin pertembungan antara kedua-dua parti di beberapa kawasan, beliau berkata pelbagai perkara boleh terjadi pada saat-saat akhir.
Sebelum ini, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik dilaporkan sebagai berkata pertembungan antara PKR dan DAP bagi kerusi Parlimen dan DUN di Kedah pada PRU-13 nanti mungkin akan berlaku.
Ini berikutan tindakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ. Difahamkan DAP turut berminat dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi PKR pada PRU 2008.
Bernama
Fri Apr 05 2013
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.