awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
13/07/2023
14:52 MYT
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Kota Raja mencadangkan agar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diberi peluang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata, pucuk pimpinan parti wajar memberi peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sungai Kandis yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Kota Raja.
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
“Pemuda juga berharap sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul akan menolak sebarang pencalonan di luar Parlimen Kota Raja.
“Kami khuatir menjadi calon ‘payung terjun’ di kawasan lain hanya akan menjejaskan jentera parti di Kota Raja dan juga jentera parti di tempat baharu beliau.
“Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Nama Tengku Zafrul disebut-sebut bakal dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRN yang akan diadakan 12 Ogos nanti.
Bercakap kepada media baru-baru ini, Tengku Zafrul menjelaskan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada perlu bertanding atau tidak.
Beliau memaklumkan akan memastikan BN dan Pakatan Harapan mencapai kemenangan di Selangor biarpun tidak dicalonkan.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Barisan Nasional
#PRN Selangor
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kota Raja
#Sg Kandis
#DUN
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan