awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas pernah saran Mahathir lawat Kampung Memali - Takiyuddin

Bernama
Bernama
18/08/2017
10:12 MYT
Pas pernah saran Mahathir lawat Kampung Memali - Takiyuddin
TAKIYUDDIN: Kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.
Pas pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menyuarakan saranan agar Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menghilangkan prejudis dan marah penduduk kampung itu tentang isu Memali.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata selepas perkara itu disuarakan kepada Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga Pengerusi PPBM, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.
"Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh individu dalam program 'Nothing To Hide 2.0' di Shah Alam, Selangor baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu berkata, kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.
"Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan," katanya.
Beliau berkata, PAS sejak dahulu mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan inkues berkaitan tragedi terbabit.
Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#memali
#Nothing To Hide 2 0
#PAS
#polis
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan