awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS sedia letak calon bukan Islam pada PRU ke-13

Bernama
Bernama
26/01/2013
02:04 MYT
PAS sedia letak calon bukan Islam pada PRU ke-13
PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini Jumaat.
Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).
Topic Berkaitan
#Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
#kumutha raman
#PAS
#PRU-13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan