KUALA TERENGGANU:Hujan lebat dalam tempoh kira-kira enam jam bermula 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi.
Kejadian banjir kilat itu turut dikongsi netizen di media sosial, Facebook melalui video banjir kilat yang turut melanda beberapa pusat pelancongan termasuk Dataran Syahbandar, Pasar Payang dan Kampung Cina.
Malah laluan masuk ke kawasan itu, juga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.
Orang ramai juga dilihat saling membantu dalam memastikan kenderaan tidak ditenggelami air, namun kebanyakan peniaga gagal menyelamatkan barang masing-masing kerana air memasuki premis secara tiba-tiba.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan setakat 7 pagi ini, seramai 439 mangsa daripada 124 keluarga telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir (PPS), iaitu tidak sampai 24 jam selepas PPS terakhir akibat gelombang kedua banjir di Terengganu, ditutup semalam.
Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini.
Sementara itu, wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Kamaliza Kamaruddin, 39, berkata rumahnya di Jalan Pusara dekat sini, turut dinaiki air pada paras lutut namun masih bernasib baik kerana tidak perlu berpindah ke PPS dan dapat bermalam di tingkat atas.
"Ada barangan elektrik sempat dibawa ke tempat tinggi, tetapi ada perkakas lain yang terpaksa dibiarkan sahaja kerana air terlalu cepat memasuki ke dalam rumah. Ini pengalaman ketiga berdepan banjir kilat sejak tinggal di kawasan perumahan ini," katanya yang pernah mengalami kejadian serupa pada 2016 dan 2018.
Namun kali ini, tempoh air surut agak lambat iaitu sekitar tujuh jam, kata Kamaliza.
Jurugambar Bernama Mohd Khairul Fikiri Osman, 34, yang turut terkesan berkata rumahnya mula dinaiki air sekitar 9.30 malam dan kira-kira tiga jam selepas itu membuat keputusan untuk keluar bagi menjaga keselamatan isteri dan dua anaknya.
"Saya masih sempat selamatkan peti ais tetapi barangan lain terpaksa dibiarkan kerana air telah memenuhi segenap ruang. Apa yang penting ialah keselamatan keluarga," katanya yang terpaksa menginap di hotel terdekat.
Setakat 7.30 pagi ini, banjir sudah mulai surut namun hujan renyai-renyai masih berlaku di beberapa kawasan di Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020
Hujan lebat dalam tempoh kira-kira enam jam bermula 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi. -Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.