KUALA LUMPUR:Immunitee Health Passport dari Malaysia bekerjasama dengan Affinidi yang diasaskan oleh syarikat Temasek untuk menyediakan pasport kesihatan pertama diterima di Singapura, menerusi platform digital Unifier Affinidi.
Immunitee Health Passport adalah satu sistem yang direka untuk menyimpan rekod imunisasi peribadi dan data vaksin yang membantu memudahkan proses pemeriksaan pengguna di pusat pemeriksaan kesihatan sempadan, memastikan perlindungan data dan keselamatan menerusi blockchain, dan mengesahkan ketulenan ujian dan vaksin COVID-19.
Immunitee dalam satu kenyataan semalam berkata platform Unifier menyediakan kebolehoperasian, yang membolehkan perkongsian data yang diperlukan dengan pelbagai sistem pemeriksaan kesihatan nasional yang dilaksanakan di seluruh dunia.
"Kredibiliti kesihatan yang dapat disahkan secara digital ini adalah bagi memudahkan pengembara melakukan perjalanan semasa tempoh pandemik COVID-19 dan mudah disahkan di lapangan terbang Singapura sebaik sahaja sempadan dibuka semula," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Nick Boden berkata melakukan perjalanan semasa tempoh pandemik bermakna pengembara perlu menunjukkan bukti ujian pemeriksaan COVID-19 serta sejarah vaksinasi mereka.
"Immunitee boleh digunakan dengan cepat dan menyediakan Sistem Pengurusan Pendaftaran Vaksin tunggal yang menyatukan sistem penjagaan kesihatan swasta dan awam dan pada masa yang sama melindungi maklumat sulit pesakit," katanya.
Boden berkata pihak berkuasa kerajaan dan organisasi lain termasuk sistem penjagaan kesihatan nasional, sistem imigresen, hotel, universiti dan sekolah hanya boleh mengakses maklumat dengan mengimbas kod QR selamat yang mengandungi semua maklumat ujian dan vaksinasi relevan dan hanya boleh dibuka menggunakan "kunci" peribadi yang dimiliki pengguna.
Beliau berkata pihak berkuasa dan organisasi lain tidak mempunyai akses lain kepada sebarang maklumat sulit dan tiada ada penjejakan lokasi.
Immunitee itu yang dijadual dilancarkan pada Mac depan akan menyediakan satu sistem sumber terbuka tanpa bayaran kepada kerajaan dan organisasi seluruh dunia dan pengguna boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma.
Bagi maklumat lanjut boleh layari www.immunitee.com.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Immunitee boleh digunakan dengan cepat dan menyediakan Sistem Pengurusan Pendaftaran Vaksin tunggal yang menyatukan sistem penjagaan kesihatan swasta dan awam. - Gambar hiasan
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pasport Kesihatan Immunitee Malaysia bakal jadi yang pertama diterima di Singapura
Immunitee Health Passport adalah satu sistem yang direka untuk menyimpan rekod imunisasi peribadi dan data vaksin yang membantu memudahkan proses pemeriksaan pengguna di pusat pemeriksaan kesihatan.