awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pastikan setiap mangsa banjir terima kemudahan, bantuan JKM - PM Ismail Sabri

Bernama
Bernama
19/12/2021
04:46 MYT
Pastikan setiap mangsa banjir terima kemudahan, bantuan JKM - PM Ismail Sabri
Ismail Sabri akui terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa-mangsa banjir di SK Johan Setia di Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya memastikan setiap mangsa banjir menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.
Beliau dalam catatan di akaun Facebook hari ini berkongsi video lawatan beliau ke Sekolah Kebangsaan Johan Setia di Klang hari ini, untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir.
"Saya terkesan melihat keadaan yang menimpa mangsa-mangsa banjir di SK Johan Setia di Klang.
"Hari ini sahaja kira-kira 690 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir berkenaan, dan saya sempat menyantuni mangsa-mangsa yang terdiri daripada warga emas, Orang Kurang Upaya dan anak-anak kecil," katanya.
Dalam catatan terdahulu, Perdana Menteri turut berkongsi tinjauan beliau ke atas penduduk Kampung Bukit Lanchong, yang terkandas di kawasan Putra Heights Selangor akibat banjir.
Ismail Sabri juga berkongsi video lawatannya ketika hujan lebat di kawasan itu awal pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#mangsa banjir
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan