awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan khas digerakkan kesan projektor radiografi - Polis

Bernama
Bernama
23/08/2018
07:38 MYT
Pasukan khas digerakkan kesan projektor radiografi - Polis
Mazlan berkata pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut. -Gambar fail
Polis Selangor dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah menggerakkan satu pasukan khas bagi mengesan satu unit projektor radiografi 'Sentinel Delta 880' yang dilaporkan hilang pada 10 Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pasukan yang bertugas 24 jam itu digerakkan sejurus pihaknya mendapat laporan berhubung kehilangan unit projektor tersebut.
"Setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk baharu mengenai kehilangan unit tersebut.
"Kita juga belum menerima sebarang maklumat sama ada alat itu telah dibawa keluar dari Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan alat tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau balai polis berdekatan.
Pada 10 Ogos lepas, unit projektor radiografi berkenaan dilaporkan hilang ketika dibawa pulang oleh dua juruteknik sebuah syarikat dari Seremban ke Shah Alam antara 2 dan 3 pagi.
Alat yang memancarkan radiasi Beta dan Gamma itu dikhuatiri disalah guna termasuk oleh pengganas bagi membuat bom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AELB
#kehilangan unit projektor
#lembaga pelesenan tenaga atom
#Mazlan Mansor
#radiasi Beta dan Gamma
#Sentinel Delta 880
#unit projektor radiografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan