TANAH MERAH: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menggerakkan pasukan khas bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa nanti.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata pasukan tersebut akan memantau menerusi bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNK yang dilantik.
"Kekuatan anggota pasukan ini bergantung berapa banyak bazar Ramadan dibuka di setiap daerah bagi memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat kepada orang ramai.
"Pasukan ini juga akan digerakkan bagi memastikan mereka yang nak berniaga wajib mempunyai latihan penyediaan makanan dan mendapatkan suntikan sebelum memperoleh lesen berniaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khatan Perdana di Hospital Tanah Merah di sini, pada Rabu.
Dr Zaini berkata sampel makanan di bazar Ramadan juga akan diambil untuk tujuan analisis supaya tidak berlaku keracunan makanan selain menjamin kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.
"Tahun sebelum ini, kita tidak menerima laporan keracunan makanan yang besar kerana peniaga di negeri ini begitu cakna berkaitan kesihatan makanan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaini berkata Hospital Bachok dijangka akan diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihaknya pada Mei ini.
Menurutnya sekiranya tiada sebarang masalah, Hospital Bachok akan mula beroperasi dalam tenpoh satu atau dua bulan lagi selepas penyerahan bangunan itu dilakukan.
"Dari segi akses, kita telah menerima perolehan, begitu juga sebahagian perjawatan telah terima penjawatan namun dari segi fizikal, kita belum terima. Kita menunggu arahan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan menghantar petugas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
JKNK akan menggerakkan pasukan khas bagi memantau penyediaan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa nanti. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.