Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi berlepas ke Kiev pada 8 malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mencari dan menguruskan mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata delegasi yang terdiri daripada 149 anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) seramai 24 orang itu berlepas dengan sebuah penerbangan khas.
"Delegasi ini juga, antaranya terdiri daripada 23 orang pasukan perubatan iaitu 13 ahli patologi dan 10 pakar pergigian, 20 pegawai forensik PDRM, tujuh wakil media dan 10 pegawai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita ketika hadir memberi semangat kepada delegasi tersebut di sini Jumaat malam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha.
Shahidan berkata 10 pegawai Jakim yang diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat itu ditugaskan khas untuk membantu mengenal pasti dan menguruskan jenazah rakyat Malaysia yang masih sempurna.
"Mana-mana jenazah yang sempurna akan diuruskan terus dari sana pada peringkat awal, segala kelengkapan seperti kain kapan dibawa bersama," katanya.
Shahidan berkata sepasukan media tempatan juga dibawa bagi melihat dan memberi gambaran sebenar di lokasi kejadian agar rakyat tidak bergantung kepada maklumat media asing.
Bagaimanapun Shahidan berkata usaha kini tertumpu untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak terbabit untuk delegasi tersebut memasuki lokasi kejadian memandangkan wilayah berkenaan sedang bergolak.
"Pihak Wisma Putra sedang berusaha menyelesaikan beberapa perkara sebelum delegasi dibenarkan untuk menjalankan operasi mencari dan menguruskan mayat mangsa," katanya.
Sementara itu, Othman berkata solat jenazah ghaib belum boleh dilakukan kerana identiti mangsa belum dikenal pasti.
"Dari segi hukum, kita belum boleh melakukan solat jenazah ghaib sehingga pengurusan jenazah di sana seperti proses mandi dan khafan jenazah selesai baru boleh atur solat ghaib di sini," katanya.
Seorang pegawai perubatan, Dr Muhamad Akmal Saleh, 26, yang menyertai delegasi tersebut berkata beliau akan menggunakan pengalaman belajar di Moscow selama enam tahun dan kepakaran berbahasa Rusia bagi memudahkan proses mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.
"Saya menerima panggilan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri untuk berkhidmat sebagai doktor penterjemah memandangkan rakyat tempatan di sana tidak mahir berbahasa Inggeris saya harap saya dapat membantu selepas sepatutnya menyertai misi ke Gaza minggu depan," katanya.
Bernama
Fri Jul 18 2014

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi kata-kata perangsang kepada Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi sebelum berlepas ke Kiev, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Ringgit dijangka catat prestasi lebih baik berbanding dolar AS pada 2024
Mata wang serantau termasuk ringgit dijangka mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dolar AS pada tahun akan datang.

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

Kebakaran di bangunan simpan baja, racun milik Peladang
Bangunan berkeluasan 40x70 kaki persegi itu terbakar kira-kira 30 peratus di tingkat bawah yang menyimpan baja dan racun.

Amaran serangan udara di seluruh Ukraine menjelang sidang kemuncak EU di Kiev
Amaran serangan udara dikeluarkan di seluruh negara pada pagi Jumaat menjelang pertemuan antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan para pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) di Kiev, Ukraine.

Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev
Kerajaan Ukraine mengesahkan di saluran Telegram pasukan penyelamat sudah berada di lokasi.

Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine
Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Penjenayah perang pertama krisis Rusia-Ukraine didakwa
Perbicaraan jenayah perang yang pertama sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada Jumaat di Kyiv.

Jill Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine
Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Ahad untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat negara itu.

Krisis Rusia-Ukraine: Serangan bom di Kiev musnahkan bangunan
Pekerja perkhidmatan kecemasan berusaha memadamkan kebakaran dan membantu orang awam yang terkesan.

Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine
Moscow menghantar nota kepada Washington memberi amaran bahawa bekalan senjata NATO ke Kiev memburukkan lagi konflik Ukraine.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tentera Rusia kembali berkumpul berhampiran Kiev
Ukraine mendakwa tentera Rusia mengebom bandar-bandar di negara itu dan turut memusnahkan sebuah hospital psikiatri.