Youtuber masakan terkenal S Pavithra, 28, tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak termasuk kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu.
Menurutnya, Pavithra yakin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menguruskannya dengan sebaik mungkin.
"Ketika intervensi itu berlangsung beliau mengatakan tidak perlu bantuan dan bimbingan (dari JKM) setakat ini dan beliau yakin dapat menyelesaikan kemelut dan isu dihadapinya.
"Pihak JKM memaklumkan kepadanya bahawa dia boleh menghubungi kaunselor kita bila-bila masa yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Fasa Kedua di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin Parit, (Bait Al Amin) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah JKM Perak, Nortipah Majin dan Pengerusi Bait Al Amin, Razlan Zamzuri.
Mengulas lanjut, Wan Norshikin berkata, Pavithra juga meminta orang ramai, khususnya netizen supaya memberikan dia dan suami, M Sugu, 29, ruang yang secukupnya.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.
Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 27 2020
Pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu. -Gambar fail/ Bernama
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.
Pengguna, peniaga di Kelantan dakwa sukar dapat bekalan gula
Ketiadaan gula sedikit sebanyak mengganggu peniagaan memandangkan gula antara bahan utama dalam masakan mahupun minuman.
Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging
Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin
Menerusi laman Twitter, Khairul tampil menjelaskan kenapa produknya itu menerusi satu muat naik video.
Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.
Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia
Saluran berita CNN telah menamakan Mi Pho Bo di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.
8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.
Asam Laksa Pulau Pinang disenarai tempat ke-7 hidangan terbaik dunia
CNN menggambarkan asam laksa sebagai "hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda".
Sugu Pavithra kembali dengan dalca kambing, rendang ayam untuk Aidiladha
Sugu berkata menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.
Pavithra tidak perlu bantuan sesiapa, tidak mahu diganggu - Exco Perak
Pengakuan itu dibuat Youtuber tersebut ketika pertemuan dengan wakil JKM di rumahnya di Sungai Siput 22 Julai lalu.