GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu yang dikesan mengalami kebocoran baharu semalam tidak lagi dapat dibaiki.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata kerja-kerja penggantian itu perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) terlebih dahulu, memandangkan lencongan yang dibuat akan merentasi jambatan Ampang Jajar yang ia di bawah seliaan jabatan tersebut.
"Paip itu sudah berada di dasar sungai lebih 30 tahun dan tidak dapat diperbaiki lagi selain penilaian mendapati konkrit yang melindungi paip itu telah terkeluar di banyak bahagian jadi PBAPP mencadangkan supaya dua batang paip baharu dipasang dan kami harap JKR dapat beri kelulusan segera kerana ini merupakan satu kerja penggantian kecemasan.
"Tetapi, untuk jangka panjang kami akan bina paip baharu sedikit jauh dari jambatan (Ampang Jajar) di atas permukaan sungai dan bukan lagi di dasar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan papan tanda Love Penang Hill di Bukit Bendera di sini, hari ini.
Chow berkata pemasangan dua paip itu melibatkan jarak lencongan sejauh 500 meter dan dijangka memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.
Semalam media melaporkan, PBAPP telah mengambil langkah segera dengan melencongkan paip sementara, susulan kebocoran baharu yang dikesan pada saluran paip di dasar Sungai Perai.
Chow yang juga Pengerusi PBAPP menjelaskan buat masa ini, Sungai Perai masih lagi memerlukan pemantauan rapi dan penyelam berpengalaman juga telah diarahkan untuk bersiap sedia sekiranya perlu melakukan kerja-kerja pembaikan sementara di dasar sungai terbabit.
"Kami sudah balut bahagian (paip) yang bocor sebelum ini tetapi tekanan air yang tinggi menyebabkan berlaku kebocoran di bahagian lain pula. Ini memerlukan pemantauan rapi kerana kami hendak pastikan bekalan dapat dipulihkan kepada semua pengguna dalam tempoh ditetapkan tetapi buat masa ini ia masih lagi mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata kebocoran di Sungai Perai itu hanya menjejaskan pengguna di Daerah Barat Daya dan setakat pagi tadi, 88 peratus akaun sudah pun berjaya dipulihkan dengan baki 10,000 masih terjejas.
Sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi Rabu lepas, namun sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.
Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
etua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika sidang akhbar selepas merasmikan papan tanda Love Penang Hill di Bukit Bendera, hari ini. - Foto Bernama
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.
Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP
PBAPP memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.
PBAPP kesan kebocoran paip baharu, pengguna diminta simpan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mengesan satu lagi kebocoran di saluran paip bawah air Sungai Perai, pada Jumaat.
PBAPP sedang berusaha pastikan pengguna dapat semula bekalan air
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang berusaha memulihkan kebocoran pada saluran paip di dasar Sungai Perai.
Pemulihan air peringkat 1 bermula, namun ada cabaran teknikal - PBAPP
Bekalan air dinormalisasi secara berperingkat untuk 197,025 pengguna meliputi 33 peratus daripada 590,000 pengguna yang terjejas.
Kerja ganti injap LRA Sungai Dua bermula mengikut jadual - PBAPP
Kerja-kerja ganti dua injap kawalan di LRA Sungai Dua telah bermula mengikut jadual, iaitu jam 6 pagi ini.
Gangguan bekalan air berjadual di Lebuhraya Thean Teik dan Air Itam Khamis depan
Gangguan disebabkan kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan untuk memudahkan projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.