awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB tolak cadangan Israel salur bantuan ke Gaza

Bernama
Bernama
05/05/2025
06:50 MYT
PBB tolak cadangan Israel salur bantuan ke Gaza
Pegawai PBB memberi amaran bahawa orang awam kini kelaparan dan hospital tidak mampu merawat mereka yang sakit dan cedera. - Gambar/ AP
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • PBB menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan kerana ia melanggar prinsip asas kemanusiaan dan dilihat sebagai taktik tekanan.
  • Cadangan Israel memerlukan kelulusan PBB untuk mengagihkan bekalan melalui pusat pemeriksaan Israel, yang akan mendedahkan orang awam dan petugas kemanusiaan kepada risiko keselamatan.
  • PBB menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa melarang hukuman kolektif dan mewajibkan kuasa pendudukan menjaga kebajikan orang awam di wilayah yang didudukinya.

Pasukan kemanusiaan PBB di Gaza memaklumkan bahawa pelan Israel itu melanggar prinsip asas kemanusiaan dan dilihat "dilaksanakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas barangan keperluan asas sebagai taktik tekanan - yang merupakan sebahagian daripada strategi ketenteraan."
Mekanisme penghantaran yang dicadangkan memerlukan kelulusan PBB untuk mengagihkan bekalan melalui pusat pemeriksaan Israel di bawah syarat yang ditetapkan oleh tentera Israel.
Pasukan PBB memberi amaran bahawa rancangan itu akan memaksa orang awam memasuki zon ketenteraan untuk mendapatkan bantuan, sekali gus mendedahkan mereka dan petugas kemanusiaan kepada risiko keselamatan.
Ia juga berpotensi menyebabkan golongan rentan, termasuk mereka yang kurang upaya, tidak mendapat bantuan serta mencetuskan lebih banyak pemindahan secara paksa.
PBB menegaskan bahawa ia hanya boleh menyokong mekanisme bantuan yang menepati prinsip kemanusiaan sejagat iaitu kemanusiaan, keadilan, kebebasan dan berkecuali.
Israel menyekat sepenuhnya kemasukan bantuan ke Gaza sejak awal Mac, termasuk bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Pegawai PBB memberi amaran bahawa orang awam kini kelaparan dan hospital tidak mampu merawat mereka yang sakit dan cedera.
Israel mendakwa sekatan itu bertujuan memberi tekanan kepada kumpulan pejuang Palestin, Hamas supaya membebaskan baki tawanan.
PBB turut menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa melarang hukuman kolektif dan mewajibkan kuasa pendudukan menjaga kebajikan orang awam di wilayah yang didudukinya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami