awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBDSB sambut baik pembaharuan Mahkamah Anak Negeri Sarawak

Bernama
Bernama
25/08/2018
21:11 MYT
PBDSB sambut baik pembaharuan Mahkamah Anak Negeri Sarawak
Rapelson mencadangkan agar Majlis Adat Istiadat Bumiputera digantikan dengan Majlis Adat Istiadat Dayak dan Mahkamah Bumiputera digantikan dengan Mahkamah Dayak.
Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit menyambut baik langkah kerajaan negeri memberi persetujuan kepada Mahkamah Anak Negeri Sarawak (Mahkamah Dayak) untuk memperjuangkan autonomi dan kebebasannya yang lebih luas setara dengan Mahkamah Sivil dan Syariah.
"Ini merupakan langkah pertama ke arah memberi pengiktirafan terhadap kaum asli Dayak di peringkat nasional dan antarabangsa," kata Rapelson dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg menasihatkan para anggota Mahkamah Anak Negeri Sarawak, yang akan diketuai oleh Ketua Pendaftar Datu Michael Dawi Alli supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa dan menjalankan kajian terperinci sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri.
"Ini adalah berita baik bahawa kerajaan negeri akhirnya menunaikan janji. Kami dalam (PBDSB) telah lama memperjuangkannya dan ini turut terdapat dalam manifiesto kami dalam Pilihan Raya Umum ke-14 agar Mahkamah Anak Negeri (Mahkamah Dayak) diletakkan setara dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Rapelson mencadangkan agar Majlis Adat Istiadat Bumiputera digantikan dengan Majlis Adat Istiadat Dayak dan Mahkamah Bumiputera digantikan dengan Mahkamah Dayak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Dayak
#Mahkamah Anak Negeri
#Mahkamah Dayak
#Rapelson Richard Hamit
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan