awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBS bantah PAS bentang rang undang-undang hudud di Parlimen

Bernama
Bernama
23/03/2015
09:46 MYT
PBS bantah PAS bentang rang undang-undang hudud di Parlimen
PAIRIN: Sekarang ini banyak negara mahu hukuman gantung dan hukuman mati dihapuskan. - Gambar Fail
Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata parti itu akan membantah sekiranya PAS membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen.
Timbalan Ketua Menteri Sabah dan anggota Parlimen Keningau itu berkata hudud bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi juga melaksanakannya dilihat sebagai langkah ke belakang.
Beliau mengulas cadangan PAS Kelantan untuk membentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen. "Sekarang ini banyak negara mahu hukuman gantung dan hukuman mati dihapuskan.
"Kemudian akta-akta jenayah dalam draf berkenaan juga sudah ada dalam Kanun Keseksaan. Jadi tak kan dua kali kita kena hukum.
"Jadi bagi kami ni, jelaslah (kami membantah). Sedangkan (Tan Sri) Musa Hitam pun sudah tolak, kami lagi, mestilah tentang," katanya.
Pairin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran sempena Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#hudud
#Joseph Pairin Kitingan
#Musa Hitam
#Parlimen
#Parti Bersatu Sabah
#PAS
#PBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan