KUALA LUMPUR: Gaji dan keperluan pegawai rendah polis akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan lagi integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata gaji yang diperoleh pegawai rendah polis adalah kecil dan tidak dapat menampung kos sara hidup, terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar.
"Kita melihat perkara ini dan ada juga perbincangan bila kita dapat berbincang dengan pihak KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam), kita nyatakan perkara ini untuk dilihat semula, salah satunya adalah perkara melibatkan gaji.
"Sebagai contoh seseorang pegawai rendah polis yang bergaji RM2,500 bertugas di kawasan terpencil seperti Kuala Nerang ia agak banyak (gaji), tetapi apabila dia tinggal (bertugas) di Kuala Lumpur dia menjadi miskin bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan Ketua Polis Negara bersama Ketua Editor agensi media di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Razarudin mendedahkan bahawa terdapat pegawai rendah polis yang bertugas seperti di Kuala Lumpur dan Johor terpaksa menyewa bilik bersama orang lain, kerana kos tempat tinggal yang tinggi.
"Mereka (pegawai rendah polis) terpaksa jimat duit dan dalam kalangan mereka ini yang menyertai PDRM bukan terdiri daripada golongan orang kaya, kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana," katanya.
Sementara itu, Razarudin berkata pegawai muda PDRM yang cemerlang, akan dinaikkan pangkat ke jawatan tertinggi bagi menerajui pasukan keselamatan itu.
Beliau berkata perkara berkenaan telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, agar pengurusan perjawatan dalam PDRM memilih pegawai muda yang cemerlang untuk diberikan kenaikan pangkat tersebut.
"Perkara ini penting, supaya apabila berpencen tidak ada satu kumpulan berpencen bersama dan sekurang-kurangnya ada kesinambungan (pegawai) lain yang lebih panjang (tempoh berkhidmat), untuk menjadi pemimpin...pemimpin muda inilah yang akan menjadi barisan tertinggi PDRM," katanya.
Mengulas lanjut perkara itu, Razarudin berkata keputusan mengetengahkan pegawai muda itu dibuat berikutan berlakunya keadaan apabila terdapat beberapa pengarah yang menerajui jabatan-jabatan PDRM akan berpencen pada tahun yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Razarudin mendedahkan bahawa terdapat pegawai rendah polis yang bertugas seperti di Kuala Lumpur dan Johor terpaksa menyewa bilik bersama orang lain, kerana kos tempat tinggal yang tinggi. - Gambar Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.