GEORGE TOWN: Polis digesa supaya menjalankan siasatan terhadap pemandu kereta yang diiringi dua anggota polis trafik di Jalan Bukit Gambir, di sini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, siasatan sepenuhnya perlu dijalankan segera, bukan sahaja terhadap dua anggota polis tersebut malah ke atas pemandu kereta itu juga.
"Tenaga polis trafik adalah mengawal trafik dan bukannya berperanan membuka jalan untuk anak ahli Parlimen.
"Sehubungan itu, saya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas dua anggota polis tersebut termasuk pemandu kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, barisan menteri sepatutnya melalui pengalaman kesesakan trafik seperti orang awam lain dan tiada hak keistimewaan dengan mendapat iringan polis kecuali dalam keadaan terdesak atas urusan rasmi yang penting.
"Wakil rakyat seperti ahli Parlimen sudah berkhidmat berpenggal-penggal, tiada keistimewaan iringan polis tetapi bagaimana anak kepada ahli Parlimen boleh mendapat keistimewaan itu?
"Saya meminta Ketua Polis Negara mengeluarkan arahan semula dan mendisiplinkan anggota polis trafik supaya keistimewaan tersebut tidak disalah guna," katanya.
Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial pada jam 8.36 malam, yang dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez menunjukkan dua anggota polis trafik sedang mengiringi kenderaan awam.
Menerusi klip video berkenaan, kedua-dua anggota polis tersebut sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.
Paparan video berkenaan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota polis trafik tersebut.
BACA: Polis siasat video tular anggota trafik didakwa iring kenderaan anak MP
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 08 2022
Menerusi klip video berkenaan, kedua-dua anggota polis tersebut sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen. -Video tular
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Bukit Aman siasat video tular pelancong diminta bayar saman RM100
Mohd Azman turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.
Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan - JSPT
Ia sebagai langkah proaktif JSPT Bukit Aman bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah.
Anggota polis kacak sedang bertugas tular di Thailand
Segelintir wanita dilihat melakukan komen 'nakal' meminta pegawai tersebut menjadi teman mereka.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Padah fitnah polis trafik, lelaki direman
Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis trafik itu, suspek bertindak memuat naik video yang mempunyai unsur provokasi dan fitnah.
Anggota polis trafik cedera motosikal berlanggar dengan kereta
Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta Proton X70 di KM8.9 Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam-Klang di sini hari ini.
Polis siasat individu muat naik video cemar imej PDRM
Polis sedang menyiasat satu video berunsur fitnah terhadap seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan lalu lintas di Petaling Jaya yang tular.
Gaduh di KSAB: 'Polis trafik hanya pertahan diri'
Pemandu treler berumur 48 tahun itu ditahan pada hari sama, kira-kira jam 1 petang, di tempat kejadian.