awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM kerjasama dengan polis Thailand kekang kongsi gelap lari keluar

Bernama
Bernama
06/09/2013
10:53 MYT
PDRM kerjasama dengan polis Thailand kekang kongsi gelap lari keluar
Polis Kelantan sedang bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengekang penjenayah dan anggota kongsi gelap tempatan dari melarikan diri ke negara jiran tersebut susulan penguatkuasaan Ops Cantas Khas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan polis Thailand baru-baru ini dan pasukan keselamatan negara jiran itu bersetuju untuk melakukan pertukaran maklumat bagi membantu membendung pelbagai aktiviti jenayah.
"Kawasan sempadan menjadi tumpuan suspek dan anggota kongsi gelap untuk meloloskan diri. Kita berharap dengan kerjasama tersebut dapat menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mazlan berkata pihaknya turut menjalankan sekatan jalan raya di kawasan sempadan dan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#kongsi gelap
#Ops Cantas Khas
#penjenayah
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan