awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM nafi jadi dalang seludup mercun - Ketua Polis Negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/04/2023
04:25 MYT
PDRM nafi jadi dalang seludup mercun - Ketua Polis Negara
PDRM menafikan agensi penguatkuasa itu menjadi dalang kegiatan penyeludupan mercun seperti digambarkan oleh sebuah laporan akhbar tempatan, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan agensi penguatkuasa itu menjadi dalang kegiatan penyeludupan mercun seperti digambarkan oleh sebuah laporan akhbar tempatan bertajuk 'Polis Jadi Dalang Seludup Mercun'.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, kes yang dilaporkan telah diambil tindakan di mana suspek yang juga seorang anggota polis telah ditahan kerana terlibat aktiviti pengedaran mercun.
"Kedua-dua suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Selain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Acrly Sani berkata, PDRM tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima bukti sebarang perlakuan demikian.
"PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang," ujarnya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#dalang seludup mercun
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan