awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pandang serius isu 3R, pasukan siasatan khas ditubuh sejak Mac lalu - KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
18/05/2023
10:20 MYT
PDRM pandang serius isu 3R, pasukan siasatan khas ditubuh sejak Mac lalu - KPN
Acryl Sani berkata, satu pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R telah diwujudkan sejak Mac lalu bagi menangani isu terbabit.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dengan menyentuh isu membabitkan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja) di negara ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, satu pasukan siasatan khas dikenali sebagai Pasukan Siasatan Khas 3R telah diwujudkan sejak Mac lalu bagi menangani isu terbabit.
“Ini sangat mustahak... PDRM memandang serius kes 3R khususnya yang ditularkan media sosial... khususnya hantaran dibuat menyentuh isu raja, agama dan perkauman... ia perlu dihindari setiap masa,” jelasnya.
Tegas Acryl Sani, siasatan kes-kes membabitkan 3R dilakukan dengan pantas bagi menjamin keharmonian masyarakat di negara ini.
“Apabila berlaku kes seperti ini kita ambil tindakan pantas untuk menyiasat dalam memastikan agar pelaku dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya.
“Ini untuk memastikan supaya keharmonian masyarakat majmuk di negara ini terpelihara dan kesejahteraan negara kita terjamin,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang semakin hangat diperkatakan ketika ini, ujar Acryl Sani, beliau percaya kerajaan telah menyelesaikannya.
“Saya percaya isu telah diselesaikan dengan baik. Saya rasa elok selesai di situ dan tiada isu timbul.
“Kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini kerana saya percaya akan ada satu taklimat kepada Majlis Raja-Raja,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Hi-Tea KPN bersama media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis.
Topic Berkaitan
#3R
#PDRM
#Bukit Aman
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan