awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM rancang tubuh komuniti risikan untuk salur maklumat jenayah

Hakim Rahman
Hakim Rahman
27/02/2016
11:15 MYT
PDRM rancang tubuh komuniti risikan untuk salur maklumat jenayah
Noor Rashid (gambar) berkata perkara ini akan dibincangkan secara terperinci dengan kerjasama MCPF dalam masa terdekat. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang menubuhkan komuniti risikan dalam kalangan masyarakat bagi memudahkan penyaluran maklumat berkaitan isu jenayah.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, perkara ini akan dibincangkan secara terperinci dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam masa terdekat.
Katanya pendekatan proaktif tersebut diharap dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara polis dan masyarakat.
"Kita hendak membina masyarakat yang baik, tidak semestinya apabila seseorang itu melakukan jenayah sahaja baru tindakan diambil.
"Perlu dilihat di peringkat awal, kalau harus kita tolong sama ada sebagai badan bukan kerajaan dan polis mengapa tidak kita bekerjasama dan cuba mengatasi masalah jenayah," katanya selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat di Jalan Ampang pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata maklumat yang diperoleh daripada masyarakat akan membantu polis membanteras jenayah, sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan perincian komuniti risikan tersebut memandangkan ia masih di peringkat perbincangan.
Sementara itu, ahli exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Kamarudin Md Ali berkata, MCPF akan memainkan peranan utama dalam membantu mewujudkan komuniti risikan tersebut dengan menjadikan Bangsar sebagai permulaan.
"Sudah semestinya dengan kerjasama pihak polis kita akan berinteraksi dgn Ketua Polis Daerah dan juga Ketua Polis Balai.
"MCPF sebagai penghubung dan sama-sama kita akan cuba perbaik keadaan serta memenuhi harapan mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#komuniti risikan
#MCPF
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
#polis
#Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan