KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Beliau berkata maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terdahulu tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video tersebut sudah dipadamkan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan berhubung video ugutan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 1.43 tengah hari tadi.
"Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau," katanya dalam sidang media di luar Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Muhammad Kamil menggesa polis untuk segera menjalankan siasatan lanjut dan bertindak tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keselamatan serta keharmonian.
Beliau juga khuatir sekiranya perkara itu dibiarkan lebih ramai individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya membuat kenyataan menghasut orang awam untuk membuat ancaman bunuh dan mencetuskan budaya ekstremis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Tan Sri Razarudin Husain, berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Gambar fail
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Fahmi kesal tindakan ugut terhadap Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan individu yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh beserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.
1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan menggalakkan orang ramai mengibarkan bendera selaras aspirasi '1 Rumah 1 Jalur Gemilang' (1R1JG).
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
Siasatan dakwaan Firdaus Wong diugut dirujuk ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan berkenaan diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Mac 2024.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.
Polis terima lima laporan berhubung ancaman bunuh Nik Elin - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lima laporan berkaitan dakwaan ugutan bunuh terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.