KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) bagi menyiasat kes kematian sewaktu berada di dalam tahanan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penubuhan unit berkenaan yang akan bermula pada 1 Januari nanti bertujuan memperbaiki imej dan integriti PDRM.
“Tujuannya adalah untuk lebih prihatin terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat maka bila kita setuju untuk laksanakan penubuhan USJKT ia akan meningkatkan lagi imej dan integriti polis.
“Bermula dari tarikh tersebut semua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh USJKT Bukit Aman dan bukan lagi melibatkan balai yang terlibat dengan kes kematian tahanan,” katanya ketika sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambahnya lagi, unit berkenaan akan terdiri daripada 13 anggota polis yang diketuai pegawai berpangkat Superintenden serta seorang pegawai awam yang akan meneliti kes berkenaan sama ada wujud kes kecuaian, unsur jenayah dan sebagainya.
Hamzah dalam masa sama menegaskan kes kematian di dalam tahanan lokap sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Selain itu, pihaknya turut mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan bagi melantik klinik swasta bagi proses saringan kesihatan tahanan.
Menurutnya, proses yang dilaksanakan ketika ini adalah menggunakan perkhidmatan doktor kerajaan yang mengambil masa panjang.
"Jika ikutkan SOP sedia ada, kita perlu menunggu doktor atau pegawai perubatan yang akan dihantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana ia akan mengambil masa yang lama.
"Jika khidmat doktor panel klinik swasta dibenarkan maka seorang tahanan boleh dirujuk segera kepada klinik panel untuk proses saringan kesihatannya bagi mengetahui status kesihatan semasa tahanan itu sebelum dibawa ke lokap," katanya lagi.
Hilmi Malik
Mon Dec 06 2021
Hamzah ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari Menteri Dalam Negeri: Perluasan Fungsi Pos Kawalan Keselamatan Pasukan Gerakan Am sebagai balai polis di Pulapol hari ini. - Foto BERNAMA
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.