awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan

Bernama
Bernama
17/05/2021
22:10 MYT
PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan
Seramai 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 Jun depan.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah ACP Abd Ghafar Ibrahim merupakan antara 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 Jun depan.
Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Superintenden Skandaguru Anandan dalam satu kenyataan memaklumkan Abd Ghafar akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Pahang dan jawatannya akan diisi oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kedah ACP Zaimy Mohamad Nawi.
Menurut kenyataan itu, jawatan Zaimy pula akan disandang oleh Pegawai Turus E1C1 Cawangan Khas Bukit Aman ACP Azizon Othman.
"Turut terlibat dalam pertukaran ialah Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe yang akan dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan jawatannya itu akan diisi oleh Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Mohd Shukhairy Abd Sabhe," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#pegawai kanan
#polis
#pertukaran
#cawangan khas
#Bukit Aman
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan