awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
28/09/2022
10:04 MYT
Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap
Lima remaja yang tidak bersekolah ditahan reman tujuh hari bagi siasatan lanjut kes pecah masuk sekolah di sekitar Gelang Patah, Johor. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Lima remaja yang tidak bersekolah ditahan polis selepas melakukan kegiatan memecah masuk sekolah sekitar Gelang Patah, di sini.
Kelima-lima remaja lelaki itu ditahan polis di dua lokasi berbeza pada malam kelamarin dan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, empat daripada suspek ditahan sekitar pukul 11 malam di Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, manakala seorang lagi ditahan semalam.
"Mereka yang berusia antara 15 hingga 17 tahun itu ditahan pasukan khas Balai Polis Gelang Patah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri.
"Siasatan awal mendapati semua suspek itu didapati melakukan perbuatan terbabit di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Taman Nusantara pada 19 September lalu dan kelmarin.
"Modus operandi suspek ini ialah mereka akan mengumpil pintu dan memotong kunci 'grill' sebelum masuk lalu menyelongkar ruang pejabat serta bilik guru sekolah.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati semua suspek terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Menurut Rahmat, antara barang yang hilang dalam insiden itu adalah sebuah tablet dan wang tabung sekolah berjumlah RM2,000.
"Kesemua suspek yang tidak bersekolah itu kini ditahan reman tujuh hari bagi siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," kata Rahmat lagi.
Topic Berkaitan
#lima remaja ditangkap
#pecah masuk sekolah
#Rakaman CCTV
#Gelang Patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan