KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.
Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 - kadar penukaran semasa) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.
Vista Equity ialah 'shell company' yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
"Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahkan pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masing-masing dipindahkan pada 24 dan 26 Nov.
"Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis," kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraan bekas perdana menteri berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salmah mengesahkan lima dokumen, yang kesemuanya menunjukkan pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun "AmPrivate Banking-1MY" sama, yang berakhir dengan 880.
Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsung.
Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan "880" itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahuinya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.
Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahkan bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubungan pemegang akaun berhubung urus niaga ini.
Sementara itu semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumkan pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.
Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Saksi berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank. - Gambar/ Bernama
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.