PUTRAJAYA: Pegawai dan anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan dihantar menjalani latihan di luar negara bagi mendapat pendedahan berkaitan pengurusan bencana.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata antara negara yang dikenal pasti sebagai lokasi latihan anggota terbabit ialah Jepun dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata langkah itu juga adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pegawai NADMA dan SMART menimba ilmu serta menerima latihan di luar negara.
"Saya dan rakan di dalam NADMA berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan beberapa negara yang memiliki pengalaman serta teknologi lebih canggih dan terkini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga NADMA di Pulau Meranti di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata usaha menghantar pegawai ke luar negara juga akan mengurangkan kebergantungan agensi terbabit terhadap jururunding atau pakar luar yang memerlukan kos tinggi.
Ahmad Zahid juga berkata SMART kini berada sebaris dengan pasukan penyelamat elit di seluruh dunia.
Beliau berkata berdasarkan pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016, SMART adalah pasukan kedua teratas di ASEAN serta kelapan di Asia Pasifik.
"Dengan penambahan modul kursus dibuat dalam negara dan juga peralatan yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan, saya yakin SMART akan berada di kedudukan yang lebih tinggi," katanya.
INSARAG adalah satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengkoordinasikan rangkaian penyelamat antarabangsa berkaitan operasi bencana rentas sempadan.
Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya satu mekanisme dikenal pasti bagi membolehkan pegawai yang kini ditempatkan bersama SMART dikekalkan dalam pasukan itu.
Beliau berkata satu pertemuan akan diadakan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk membincangkan mekanisme terbaik bagi pasukan SMART.
Pertemuan juga akan diadakan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Nor Hisham Mohammad bagi mencari solusi berkaitan perkara tersebut.
"Ini untuk kita selaraskan semua... masalah timbul bila terlalu lama dan umur meningkat... kaedah sesuai akan dicari apabila perbincangan dimuktamadkan," katanya.
SMART, yang ditubuh pada 1994, dianggotai pegawai dan ahli tiga badan beruniform utama iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan JBPM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama petugas NADMA dan anggota SMART semasa Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 NADMA di Pusat SMART hari ini. - Foto BERNAMA
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 88 kes - NADMA
Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 88 kes sehingga 27 Mei berbanding 84 kes pada 19 Mei lepas, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun - NADMA
Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh NADMA bertarikh 4 April, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Sabah peruntuk RM7.5 juta salur bekalan air kepada penduduk 12 daerah
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM7.5 juta untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada 58,080 keluarga di 12 daerah di negeri ini yang terjejas akibat cuaca panas dan kemarau.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.