awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai SPRM serbu banglo Guan Eng di Jalan Pinhorn

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2016
08:16 MYT
Pegawai SPRM serbu banglo Guan Eng di Jalan Pinhorn
Ini keadaan di kediaman Guan Eng yang terletak di Jalan Pinhorn awal petang tadi. - Gambar Astro AWANI
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan di kediaman milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Georgetown kira-kira pukul 3.10 petang tadi.
Guan Eng dan isteri, Betty Chew sebelum itu dilihat berada di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah dan meninggalkan bangunan itu sekitar pukul 2.55 petang bersama pegawai-pegawai SPRM.
Beliau turut ditemani peguam, RSN Rayer and Ramkarpal Singh Deo tiba di kediamannya yang sarat dengan kontroversi itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama pegawai SPRM.
Media turut difahamkan Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP itu turut membatalkan semua programnya hari ini bagi membantu siasatan SPRM.
Lim Guan Eng
Ini senario di kediaman Guan Eng awal petang tadi. - Gambar Astro AWANI
Dua minggu lalu, SPRM telah merakam kenyataan Guan Eng dan Chew bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo mewah bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis.
Topic Berkaitan
#Jalan Pinhorn
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#serbu
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan