Pegawai yang terlibat dalam ketirisan perbelanjaan kerajaan tidak akan terlepas daripada tindakan tegas termasuk ditamatkan perkhidmatan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Jawatankuasa Siasatan akan melihat semula Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 yang dikeluarkan Isnin lepas untuk mendalami laporan itu bagi memastikan pegawai yang bertanggungjawab ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
"Selepas itu, perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Jawatankuasa Tindakan Tatatertib untuk menentukan tindakan sama ada disabitkan atau dilepaskan," katanya ketika ditemui media selepas program KSN@Merdeka bersama penjawat awam sempena sambutan Bulan Kebangsaan, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali di Dataran Putra di sini pada Rabu.
Mohd Khairul Adib berkata LKAN mempunyai satu panduan bagi JPA untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk meneliti laporan itu dan memanggil pegawai terlibat untuk menjalankan siasatan.
"Tiada yang akan terlepas semua yang dibangkitkan akan diteliti dengan mendalam melalui Jawatankuasa Siasatan dalaman yang ditubuhkan di kementerian masing-masing," katanya.
"Ada pegawai yang ditamatkan perkhidmatan dan diambil tindakan tegas bergantung kepada keseriusan penglibatan pegawai dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh LKAN," katanya lagi.
LKAN 2019 yang dibentangkan Isnin lepas mendedahkan tiga jabatan kerajaan gagal memastikan pematuhan terhadap syarat kontrak dalam perolehan secara sebut harga.
Menurut laporan itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Penjara Malaysia dan politeknik didapati gagal memastikan pematuhan itu merangkumi spesifikasi dan syarat kontrak, kontrak rasmi dan pembayaran.
Ditanya berapa lama siasatan akan dijalankan, Mohd Khairul Adib berkata ia bergantung kepada kes yang mungkin melibatkan ramai pegawai dan negeri serta peluang diberikan kepada pegawai untuk mengemukakan hujah balas sebelum diambil tindakan.
Beliau berkata setiausaha bahagian sumber manusia di kementerian masing-masing akan diberi jangka masa untuk membuat laporan yang kemudiannya akan dibentangkan di Lembaga Tatatertib yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.
"Ada kalanya pegawai tersebut dah bersara, kalau ada tindakan tatatertib, kami akan tahan persaraan dia selagi kes belum diselesaikan. Sekiranya sabit (kesalahan) maka hilanglah segala faedah-faedah persaraan dia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Mohd Khairul Adib pada temu bual bersama para pemberita selepas Program KSN@MERDEKA sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bersama Penjawat Awam di Dataran Putra, Putrajaya, 26 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
KP Jabatan Laut diarah bercuti, kosongkan pejabat - Anthony Loke
Kapten Mohamad Halim Ahmed telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu menggunakan surat Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Objek hanyut seakan piring terbang itu boya - Jabatan Laut
Boya berfungsi sebagai penunjuk arah selamat di alur pelayaran yang menjadi panduan navigasi kepada kapal, bot dan lain-lain pengguna pengangkutan air.
Sultan Kedah titah kurangkan pelancong ke Pulau Payar
Kerajaan Negeri Kedah akan memelihara taman di Langkawi itu bagi mengekalkan ekosistem terumbu karang dan flora fauna yang terdapat di situ.
Pegawai terlibat dalam ketirisan perbelanjaan tidak terlepas tindakan tegas
JPA melalui Jawatankuasa Siasatan akan melihat semula Laporan Ketua Audit Negara 2019 untuk mendalaminya bagi memastikan pegawai yang bertanggungjawab ke atas isu-isu yang dibangkitkan.
Pengusaha bot 'island hopping' Langkawi harap dapat beroperasi segera
Mereka tiada sebarang pendapatan bagi aktiviti berkenaan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 18 Mac lalu.
COVID 19: Anak kapal 'terkandas' susulan Perintah Kawalan Pergerakan
Komuniti Perkapalan Malaysia rayu Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia pertimbangkan semula nasib pelaut negara ini.
Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi
Pihak yang mengurus pentadbiran dan penyelenggaraan jambatan tersebut berkata, waktu yang sesuai untuk bahagian tengah jambatan tersebut dibuka sedang dibincangkan bersama Jabatan Laut Malaysia.
Caj tambahan feri jejaskan kemeriahan tahun baharu di Langkawi
Berikutan caj yang dikenakan itu, setiap penumpang yang membuat perjalanan antara Langkawi dan Kuala Kedah kini perlu membayar RM26, berbanding RM23 sebelum ini.
Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.
Bot karam di Sabah: Empat yang terselamat kembali ke China pagi ini
Empat pelancong daripada 20 yang terselamat tragedi bot katamaran karam di perairan Sabah 28 Jan lepas kembali ke China pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.