KUALA LUMPUR :Pegawai penyiasat kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, didakwa tidak cekap dalam mengendalikan siasatan kes membabitkan isteri bekas perdana menteri itu.
Ketika menyoal balas Noornabilah Mohd Azman, 30, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah juga mendakwa saksi ke-23 pendakwaan itu “terlampau pasif”.
"Minta maaf saya cakap kamu sangat tidak cekap, kamu nampaknya seperti tidak tahu apa-apa, kamu tidak menyumbang apa-apapun kepada perkembangan kes ini," kata Akberdin pada perbicaraan kes Rosmah, 69, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Peguam itu berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kerap menjawab tidak tahu atau “tiada dalam pengetahuan saya” setiap kali ditanyakan soalan berhubung kes berkenaan.
Semalam, Akberdin dilihat hampir hilang sabar apabila Noornabilah yang juga saksi terakhir pendakwaan kerap meminta peguam itu mengulangi soalan dan ketika memulakan prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan mengingatkan Noornabilah supaya memberi lebih tumpuan kepada soalan yang diajukan peguam.
"Kamu kerap meminta beliau (Akberdin) mengulangi soalannya semalam. Kamu bertuah beliau seorang yang penyabar, jadi dengar dengan teliti soalan, dengar hati-hati takut hilang sabar dia nanti," seloroh Mohamed Zaini yang mengundang tawa semua yang hadir di mahkamah.
Selain Akberdin, Noornabilah turut “diserang” seorang lagi peguam Rosmah, Azrul Zulkifli Stork yang mendakwa saksi itu gagal menjalankan amanahnya apabila hanya menjalankan siasatan yang bertujuan untuk menuduh anak guamnya di mahkamah.
Peguam itu juga mencadangkan bahawa Noornabilah hanya menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada pegawai penyiasat lain tanpa beliau sendiri turun ke lokasi kejadian dan bertemu saksi, yang mana pegawai SPRM berkenaan mengakuinya.
Azrul: Kamu tidak pernah semak dengan polis atau Bank Negara Malaysia mengenai kewujudan dua beg hitam berisi RM5 juta dan dua beg hitam berjalur oren berisi RM1.5 juta (wang rasuah yang dikatakan diterima Rosmah).
Noornabilah: Tidak betul, (buat semakan) daripada keterangan saksi.
Azrul: Jadi, kamu buat siasatan berdasarkan dokumen?
Noornabilah: Dokumen dan keterangan saksi.
Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib, saksi tersebut menjelaskan beliau hanya pegawai penyiasat bagi kes membabitkan Rosmah dan tidak terlibat dalam siasatan melibatkan Saidi, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib berhubung kes solar hibrid berkenaan.
Ahmad Akram meminta Noornabilah memberi penjelasan tersebut berikutan saksi itu semalam bersetuju dengan cadangan Akberdin bahawa kesemua individu terbabit tidak dituduh di mahkamah kerana sasaran utama pihak pendakwaan ialah untuk menuduh Rosmah.
TPR itu turut merujuk Noornabilah kepada dokumen mengandungi rakaman percakapan Rosmah ketika siasatan SPRM, yang mana isteri bekas perdana menteri tersebut mendakwa beliau tidak mengenali Saidi dan menafikan meminta rasuah RM187.5 juta daripada Saidi.
Ahmad Akram: Dalam siasatan kamu, adakah kamu dapati Rosmah mengenali Saidi?
Noornabilah: Ya kenal. Saidi diperkenalkan kepada Rosmah melalui Datuk Rizal Mansor (bekas pegawai khas Rosmah) di kediaman beliau (Rosmah).
Ahmad Akram: Ada apa-apa dalam siasatan kamu yang menyatakan Saidi pernah berada di rumah Rosmah?
Noornabilah: Ada gambar dan video yang menunjukkan Saidi berada di rumah Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta.
Rosmah didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Perbicaraan bersambung 20 Okt ini yang mana Mahdzir yang juga saksi kelima pendakwaan akan dipanggil semula untuk disoal balas pihak pembelaan.
Pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio yang didakwa perbualan membabitkan Rosmah dan Najib sebagai bahan bukti di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020
Rosmah didakwa menerima suapan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.