awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam didakwa pecah amanah RM1.5 juta

Bernama
Bernama
28/06/2022
08:12 MYT
Peguam didakwa pecah amanah RM1.5 juta
Mohd Zawahid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta. -BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM1.52 juta.
Mohd Zawahid Ya, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Uzair Abd Munir memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan dilakukan serius kerana melibatkan jumlah wang yang besar.
Peguam Fahmi Abd Moin bersama-sama Azizzul Shariman Mat Yuoff dan Ilyani Khuzairi yang mewakili Mohd Zawahid memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh menanggung ibu bapa, isteri serta lima anak yang masih bersekolah selain tiga daripada mereka sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Hakim Helina Sulaiman kemudian membenarkan jaminan RM50,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 9 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar jaminan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peguam
#pecah amanah
#seleweng wang
#Mahkamah Sesyen Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan