NATIONAL
Peguam Negara, Peguam Besar Negeri terlibat proses rundingan MA63 - Fadillah

Fadillah (tengah) menerima cenderahati ketika menghadiri majlis pembukaan Borneo ADR Week 2025 dan Persidangan Tuntutan ADR Sabah dan Sarawak 2025 hari ini. --fotoBERNAMA
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata proses rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sememangnya melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan perundangan tertinggi negara iaitu Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri.
Ringkasan AI
- Rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan pelbagai pihak termasuk Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri.
- Rundingan berpaksikan undang-undang sedia ada untuk mencari kaedah menang-menang dalam kerangka Perlembagaan.
- Cadangan supaya Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri berunding untuk menyelesaikan isu tuntutan sumber asli Sarawak.
"Jadi rundingan ini akan berterusan dan akhirnya matlamat seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan juga Premier ialah untuk mencari kaedah menang-menang dalam kerangka kerja dan lingkungan Perlembagaan dan perundangan yang sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Minggu Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) Borneo 2025, di sini hari ini.
Fadillah berkata demikian bagi mengulas cadangan seorang peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla baru-baru ini supaya Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri diberi tanggungjawab untuk berbincang dan menasihati kerajaan pusat serta negeri dalam setiap pertikaian membabitkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Mohamed Haniff dilaporkan media sebagai berkata kedua-dua mereka juga perlu berunding untuk menyelesaikan isu tuntutan Kerajaan Sarawak membabitkan pengagihan sumber asli negeri itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami