Pejabat ADUN DAP Prai, P Ramasamy, dilempar molotov cocktail

Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari pekerja pejabat, selepas  terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu. - Gambar fail
Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Prai, Prof P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang  di lontar  molotov  cocktail awal pagi tadi. 
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari seorang pekerja di pejabatnya, selepas  terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
Pemeriksaan mendapati hanya berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu premis berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Chai Leng Park sejurus kejadian tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

