awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Kesihatan Tawau selesai saring 500 kakitangan Jabatan Penjara

Bernama
Bernama
23/07/2020
20:14 MYT
Pejabat Kesihatan Tawau selesai saring 500 kakitangan Jabatan Penjara
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau selesai melakukan saringan COVID-19 ke atas 500 kakitangan Jabatan Penjara Tawau. -Gambar hiasan
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada Khamis selesai melakukan saringan COVID-19 ke atas 500 kakitangan Jabatan Penjara Tawau, yang dipercayai terdedah dengan wabak itu selepas salah seorang anggota jabatan itu disahkan positif wabak itu pada Selasa lepas, kata Pegawai Kesihatan Tawau Dr G Navindran.
"Kita juga mengambil tindakan susulan dengan mengesan lokasi pergerakan pesakit lelaki yang positif ini, termasuk hari ini kita mengadakan ujian saringan ke atas peniaga di Pasar Sri Tanjung," katanya dan menambah kes pesakit itu membabitkan penularan tempatan.
Dalam pada itu ujian saringan ahli keluarga serta kontak rapat pesakit berkenaan setakat ini juga didapati negatif, kata beliau ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini.
Beliau juga berkata seorang lelaki dikesan memalsukan sejarah perjalanannya ke luar negara serta membuang gelang tangan yang dipakai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menyambung penerbangan ke Tawau untuk mengelakkan kuarantin di rumah.
Navindran berkata lelaki berusia 30-an itu mengaku berbuat demikian selepas disiasat Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada 21 Julai lepas.
Lelaki itu pada mulanya menghubungi pejabat berkenaan dengan alasan gelang tangan di bawah kuarantin COVID-19 itu telah hilang tetapi siasatan menunjukkan beliau memberikan maklumat tidak benar sewaktu mengisi borang pengisytiharan kesihatan di KLIA untuk ke Tawau.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan beberapa gelang tangan di KLIA yang dikatakan sengaja ditanggalkan oleh mereka yang baru pulang dari luar negara dipercayai kerana enggan menjalani tempoh kuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli keluarga
#COVID-19
#Jabatan Penjara
#kontak rapat
#luar negara
#Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau
#perjalanan
#saringan
#Tawau
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan