awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Menteri Besar Perak diarah tutup selepas kakitangan positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2020
13:48 MYT
Pejabat Menteri Besar Perak diarah tutup selepas kakitangan positif COVID-19
Atas faktor keselamatan, Ahmad Faizal telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan beliau disahkan negatif COVID-19. -Gambar hiasan
IPOH:Pejabat Menteri Besar Perak diarah ditutup sementara selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan, jurucakapnya berkata, proses sanitasi telah dijalankan di pejabat yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan itu sebagai langkah keselamatan manakala pegawai serta kakitangan diarah menjalani kuarantin kendiri.
"Bahagian lain di bangunan terbabit pula telah beroperasi selepas kerja-kerja sanitasi selesai dijalankan pada 2 petang tadi," kata jurucakap berkenaan dalam kenyataan itu.
Menurut jurucakap itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh berkenaan kerana menghadiri sidang Dewan Rakyat di ibu negara.
Bagaimanapun atas faktor keselamatan, Ahmad Faizal telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan beliau disahkan negatif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Pejabat Menteri Besar Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#positif
#COVID-19
#diarah tutup
#Bangunan Perak Darul Ridzuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan