awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands

Bernama
Bernama
31/05/2024
09:26 MYT
Pekebun maut dalam pergaduhan di Cameron Highlands
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta membantu polis dengan memberikan maklumat. - Gambar hiasan
KUANTAN: Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di tepi jalan di Tringkap, Cameron Highlands pada Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia di Tringkap, Cameron Highlands berakhir dengan kematian seorang daripada mereka pada Khamis lepas.
  • Polis mengenal pasti suspek dan sedang mencarinya, sementara rakan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta membantu polis dengan memberikan maklumat.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, seorang pekebun kontrak lelaki berumur 50 tahun yang memakai baju berwarna hitam serta seluar jean pendek ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah manakala rakannya ditemui cedera parah kira-kira 500 meter daripada mayat mangsa.
"Berdasarkan siasatan dengan saksi, kita berjaya mengenal pasti suspek dan kini sedang mengesan suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq yang terbunuh dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, pada 17 Mei lepas di sini hari ini.
Yahaya berkata rakan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, beliau berkata sumbangan yang disampaikan hari ini bersama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) adalah bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#Cameron Highlands
#warga Indonesia
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan