awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Jambatan baharu dirasmikan perkukuh hubungan perdagangan Laos-Thailand-Vietnam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun maut pacuan empat roda rempuh belakang lori

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2024
11:14 MYT
Pekebun maut pacuan empat roda rempuh belakang lori
Keadaan kenderaan dipandu mangsa remuk akibat merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran jejambat Bukit Istana pada Rabu.
KUANTAN: Seorang pekebun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh belakang lori kontraktor yang menjalankan kerja menyiram pokok bunga di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran jejambat Bukit Istana dekat sini pada Rabu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Gee Len Fatt, 63, beralamat dari Jalan Haji Ahmad dekat sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu lori berusia 62 tahun itu bersama pekerja warga Myanmar dan Bangladesh tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Gebeng.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori kontraktor Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sedang bergerak lurus di lorong kanan membawa muatan air untuk kerja-kerja penyiraman pokok bunga di laluan itu," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.
"Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekebun maut
#rempuh lori kontraktor
#Jalan Pintasan Kuantan
#kenderaan pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan