KUANTAN: Pekebun durian Musang King di daerah Raub dinasihatkan supaya menimbang kembali permohonan semakan kehakiman semula.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya selaku Menteri Besar Pahang yang juga Menteri Besar bagi Kerajaan Perpaduan yang melibatkan BN dan PH menasihatkan pekebun-pekebun durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di dalam daerah Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Jumaat.
Beliau berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah yang dipertikaikan tersebut secara jelas merupakan tanah kerajaan negeri.
“Dalam hal ini, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah dengan jelasnya merupakan tanah kerajaan negeri, yang mana menurut Sistem Torrens (diguna pakai di dalam sistem pentadbiran tanah Malaysia), merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal (indefeasibility of title) walaupun dalam konteks equity,” jelasnya.
Wan Rosdy turut berharap supaya pekebun terlibat dapat bertindak secara matang untuk kebaikan bersama.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jan 27 2023

Pekebun durian Musang King di daerah Raub dinasihatkan supaya menimbang kembali permohonan semakan kehakiman semula, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman
Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman

Pekebun Musang King perlu pertimbang permohonan semakan kehakiman semula - MB Pahang
Nasihat tersebut diberikan memandangkan Kerajaan Perpaduan kini terdiri daripada komponen BN dan PH.

DSR akan lancar Sistem Penjejakan Bersepadu Musang King tahun depan
DSR dan SIRIM Tech Venture menjalin kerjasama sejak tahun lepas membangunkan MKITS yang mengesahkan sumber durian kepada pelanggan.

PRU15: 'Johny Musang King' mahu Balik Pulau meriah sepanjang tahun
Johny Ch'ng mahu menggalakkan lagi kemeriahan kawasan itu sebagai antara daya tarikan di Pulau Pinang sepanjang tahun.

Banjir Baling: Kolam kering atau 'ada air' tidak beri kesan kepada sebarang bencana - MB Kedah
Dakwaan dilemparkan untuk timbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat, kata Muhammad Sanusi.

Tidak boleh sesuka hati musnahkan kolam takungan di puncak Gunung Inas - MB Kedah
Tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas tidak boleh dirobohkan sesuka hati kerana ia mempunyai pemilik yang sah.

Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.

Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
Projek penanaman Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu.

Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air.

Kelestarian: Cari alternatif pendapatan elak Kerajaan Negeri guna tanah berlebihan
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menambah kesedaran dalam kalangan masyarakat sejak di bangku sekolah lagi perlu ditekankan.