awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
Jabatan Negara AS batalkan lebih 100,000 visa dalam setahun
Hasil imej lucah akan dijadikan kesalahan jenayah di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut, 6 petugas kesihatan cedera dalam kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
13:13 MYT
Pekerja kilang maut, 6 petugas kesihatan cedera dalam kemalangan
Seorang pekerja kilang maut manakala enam petugas kesihatan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di KM 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada 8 pagi Isnin. - Foto ihsan polis
KOTA TINGGI: Seorang pekerja kilang maut manakala enam petugas kesihatan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di KM 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada 8 pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tempatan terbabas ke laluan bertentangan ekoran permukaan jalan yang tidak rata dan berbatu.
Susulan itu, sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing gagal mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.
"Akibat pelanggaran, pemandu Proton Wira yang juga pekerja kilang, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa yang maut itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari rumah menuju tempat kerjanya di Jalan Mawai.
"Enam individu didalam kenderaan Toyota Innova terbabit merupakan petugas kesihatan dan hanya mengalami cedera ringan.
"Kesemua mangsa yang terlibat, berumur antara 30 hingga 50 tahun," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pekerja kilang
#kemalangan jalan raya
#petugas kesihatan
#Jalan Johor Bahru-Mersing
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan