awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet

Bernama
Bernama
14/01/2025
22:45 MYT
Pekerja kontrak maut terkena renjatan elektrik ketika pasang talian internet
Kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran tiang elektrik. - Foto JBPM
MEMBAKUT: Seorang pekerja kontrak maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melaksanakan kerja memasang talian internet sebuah syarikat telekomunikasi dalam kejadian di Kampung Sinoko, Jalan Bambangan, di sini pada Selasa.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 19 tahun itu sedang memasang talian tersebut berhampiran tiang elektrik.
Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 petang sebelum lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis bergegas ke tempat kejadian.
"Mangsa telah dihantar ke hospital oleh rakan sekerjanya sebelum ketibaan pasukan bomba dan telah disahkan meninggal dunia di hospital oleh doktor yang bertugas.
"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.12 petang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#pekerja kontrak
#talian internet
#tiang elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan