awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
01/11/2022
05:39 MYT
Pekerja lelaki maut selepas terjatuh dalam mesin
Seorang pekerja lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin fuel conveyor di sebuah kilang sawit di Taman Perindustrian Bidor, Bidor, Perak.
BIDOR: Seorang pekerja lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin ‘fuel conveyor’ di sebuah kilang sawit di Taman Perindustrian Bidor, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan mangsa berusia 49 tahun itu pada pukul 7.30 pagi tadi.
“Mangsa telah terjatuh ke dalam mesin fuel conveyor yang pada ketinggian 4.57 meter.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai operator mesin fuel conveyor sejak tahun 2013 itu mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tambah beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Tapah mendapati tiada unsur jenayah pada mangsa.
Ujarnya, kes diklasifikasi sebagai laporan kematian mengejut.
Sebelum itu, sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah dikerahkan ke lokasi bagi membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya telah berjaya membawa keluar mangsa selepas bilah conveyor pada mesin itu dipotong.
Topic Berkaitan
#pekerja lelaki maut
#jatuh mesin
#fuel conveyor
#kilang sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan