Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) merupakan langkah meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ia usaha KWSP menambah peluang untuk agensi itu membuat pelaburan di AS serta Eropah yang sebenarnya sudah beberapa tahun dilakukan.
Selain itu jelasnya, pembelian pesawat Boeing merupakan perancangan yang telah lebih awal dibuat Malaysia Airlines (MAS).
"Namun pembangkang mempertikai tujuan KWSP melabur di AS. Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum.
"Sebenarnya KWSP sudah beberapa tahun melabur di pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatkan kadar pulangan dividen untuk para pencarum, dan pertemuan tempoh hari usaha untuk menambah peluang baru untuk KWSP melabur
"Rundingan pembelian jet Boeing itu pula telah dilakukan kerana MAS memang sudah ada rancangan untuk membeli kapal terbang baru sebelum pertemuan di White House tempoh hari berlangsung," katanya dalam satu siaran radio di sini hari ini.
BACA: Presiden Trump, PM Najib berbincang di White House
BACA: PM jumpa Trump menguntungkan ekonomi Malaysia jangka panjang
KWSP dijangka melabur antara US$3 bilion dan US$4 bilion (US$1 = RM4.19) di AS.
Jelas Najib, Malaysia mengamalkan dasar luar negara yang terbuka terhadap semua negara yang mahu membina hubungan diplomatik dan perdagangan dengannya
"Untuk tahun ini sahaja, Malaysia telah berunding dengan beberapa ketua negara termasuk AS dan negara China membincangkan isu-isu tertentu
"Malaysia mendapat banyak manfaat apabila berjaya merunding pelaburan lebih RM100 bilion dengan China manakala baru-baru ini saya bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai isu perdagangan dan keselamatan serantau.
"Malaysia selama ini banyak mengaut keuntungan daripada pelaburan dan perdagangan dengan AS bernilai berpuluh-puluh bilion ringgit, jadi adalah wajar untuk kita teruskan pelaburan dalam sumber yang boleh mendapatkan pulangan," ujarnya.
Katanya lagi, hubungan luar negara telah membuka banyak peluang pelaburan dan perdagangan untuk memangkinkan ekonomi Malaysia.
"Hubungan baik Malaysia dengan negara-negara besar timur dan barat meletakkan Malaysia di sebuah kedudukan politik yang seimbang di persada antarabangsa
"Sedarlah, pembangkang dari awal lagi tidak senang duduk melihat Malaysia berjaya menjalin hubungan mesra dengan negara-negara lain, kerana jelas segala tohmahan palsu mereka selama ini tidak perlu diendahkan," jelasnya.
Astro Awani
Fri Sep 15 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap pada sidang media setibanya di Trump International Hotel pagi Isnin, 11 Sept, 2017. --fotoBERNAMA
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.