KUALA LUMPUR: Pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) di bawah Kementerian Pendidikan yang berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD juga menetapkan tiada individu dari sekolah dan KV dibenarkan keluar atau masuk ke/dari kawasan terlibat.
"Tiada tetamu dan pelawat luar dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD berkuat kuasa. Semua aktiviti persekolahan secara fizikal dan kokurikulum adalah ditangguhkan sepanjang PKPD," demikian menurut SOP sektor pendididikan yang dikongsikan MKN di laman Telegram rasminya.
Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, pergerakan adalah dibenarkan dengan syarat perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis selain wakil keluarga boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
Selain itu, sumbangan bantuan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tempoh PKPD hendaklah melalui JPBD yang juga bertanggungjawab untuk menyelaras pemberian bantuan bekalan makanan.
Mengenai SOP bagi kawasan atau negeri dikenakan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP), MKN memaklumkan sekolah perlu menyediakan jadual pergerakan pelajar untuk pulang ke rumahdan kembali semula ke asrama.
Semua pelajar bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei dan kembali ke asrama pada 12 Jun manakala pelajar untuk negeri Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dibenarkan pulang mulai 7 Mei dan kembali pada 13 Jun.
Bagi tujuan pergerakan pelajar, MKN menetapkan agar kenderaan sekolah atau sewa khas perlu disediakan sekiranya terdapat lebih 10 orang yang perlu merentas negeri atau zon bagi Sabah dan Sarawak manakala kenderaan sendiri hanya boleh digunakan bagi pelajar yang tidak perlu merentas negeri dan terdapat 10 orang atau kurang yang perlu merentas negeri atau zon di Sabah dan Sarawak.
"Sekolah perlu menetapkan lokasi bagi menurunkan/mengambil murid di setiap negeri. Ibu bapa/penjaga boleh menjemput anak/anak jagaan di lokasi yang telah ditetapkan," menurut SOP itu.
SOP itu juga menetapkan ibu bapa/penjaga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai anak bersekolah di Labuan boleh mengambil dan menghantar pulang anak/anak jagaan di lokasi ditetapkan sahaja.
Bagi tujuan pengurusan kesihatan, semua pelajar perlu menjalani saringan kesihatan sebelum menaiki kenderaan yang disediakan oleh sekolah dan telah disanitasi, sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP ditetapkan sepanjang perjalanan.
Selain itu, pelajar yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dengan syarat mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak dalam tempoh kuarantin atau merupakan kontak rapat individu positif COVID-19 dan perlu mengemukakan borang pengisytiharan kesihatan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 26 April lepas mengumumkan sesi pembelajaran selepas cuti hari Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.
Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B.
Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei hingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei hingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
Pelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional yang berada di kawasan dikenakan PKPD tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Aidilfitri. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.
Pelajar junior dakwa diliwat hampir 2 jam oleh pelajar senior
Seorang pelajar mendakwa menjadi mangsa liwat seorang pelajar senior di dalam asrama sebuah pusat pengajian agama di Langkawi, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.
11 remaja ditahan, disyaki terlibat kes buli di asrama
Polis menahan 11 remaja berusia 13 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung satu kes buli membabitkan tiga mangsa iaitu pelajar asrama sebuah sekolah harian pada Khamis lepas.
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.