awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut, 9 rakan cedera kemalangan babit 10 motosikal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/12/2024
10:22 MYT
Pelajar maut, 9 rakan cedera kemalangan babit 10 motosikal
Seorang pelajar maut manakala sembilan rakannya cedera dalam kemalangan babit 10 motosikal. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar maut manakala sembilan rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sepuluh motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, tengah malam tadi.
Mangsa Muhammad Amirul Ahmad, 20, yang juga pelajar sebuah institut pengajian di Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, kumpulan remaja berusia 17 hingga 20 tahun itu sedang bergerak dari Gurun menghala ke Alor Setar.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kumpulan pertama terdiri lima motosikal sedang bergerak menghala ke Alor Setar.
"Sampai di tempat kejadian motosikal keenam yang datang dari arah belakang telah masuk di tengah antara kelompok lima motosikal tadi sebelum begesel dengan motosikal lain lalu terjatuh.
“Akibat dari pergeselan itu enam buah motosikal itu terbabas di lorong kiri jalan sebelum empat lagi motosikal kelompok kedua dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar lalu terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Sembilan lagi penunggang yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#konvoi motosikal
#Lebuhraya PLUS
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan