awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar politeknik lemas: Mayat pertama ditemui

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/01/2020
01:33 MYT
Pelajar politeknik lemas: Mayat pertama ditemui
Mayat Muhammad Zul Fahmi dikesan pasukan penyelamat ketika melakukan rondaan di pesisir pantai. - Gambar fail
Mayat salah seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara di sini sejak Jumaat lalu, berjaya ditemui pagi ini.
Mangsa, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21 tahun, ditemui terdampar jam 7.30 pagi, di Pantai Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan itu.
Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Kemaman itu dikesan pasukan penyelamat ketika melakukan rondaan di pesisir pantai tersebut.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed dan Mohammad Amir Izzudin Zulkiflee.
BACA: SAR pelajar politeknik lemas: Pos kawalan baharu dibuka di muara Kuala Dungun
BACA: Empat pelajar politeknik dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara
Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat, keempat-empat mereka, kesemuanya berusia 21 tahun dan pelajar PSMZA, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.
Topic Berkaitan
#Azman Alias
#bomba
#Dungun
#hilang
#JBPM Terengganu
#Kemaman
#lemas
#mangsa
#mayat
#Muhammad Zul Fahmi Zuki
#operasi
#pelajar
#Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
#PSMZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan