awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah maut, rakan cedera ringan akibat berlumba di lebuh raya

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2023
07:06 MYT
Pelajar sekolah maut, rakan cedera ringan akibat berlumba di lebuh raya
Padah berlumba di atas Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Petani, sekitar pukul 2.05 pagi tadi menyebabkan seorang pelajar sekolah maut selepas terlibat dalam kemalangan. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Padah berlumba di atas Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, sekitar pukul 2.05 pagi tadi menyebabkan seorang pelajar sekolah maut selepas terlibat dalam kemalangan.
Sementara, rakannya pula mengalami kecedaraan ringan.
Muhammad Nafiz Mohd Nazaruddin, 18, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kedua-dua pelajar berkenaan masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dan Honda RS telah bergesel ketika berlumba.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal yang sedang bergerak dari arah yang sama iaitu dari Gurun menghala Sungai Petani telah bergesel dan terbabas ke kiri jalan.
“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan Muhammad Nafiz maut serta-merta di lokasi manakala seorang lagi rakannya mengalami kecederaan ringan dan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik HSAH untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah maut
#rakan cedera
#berlumba motosikal
#Lebuh Raya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan