awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee

Bernama
Bernama
19/11/2018
10:18 MYT
Pelajar sekolah menengah aliran agama bakal terima sijil tahfiz dari KPM - Maszlee
MASZLEE: Pendidikan tahfiz semakin berkembang dan mendapat perhatian ibu bapa kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran. - Gambar fail/Astro AWANI
Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata KBT dimulakan pada 2014 di tiga sekolah menengah bagi melahirkan pelajar yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan membentuk insan yang mempunyai asas keagamaan yang mantap, berwibawa serta berkepimpinan.
"Sehingga 2018, KBT telah dilaksanakan di 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan empat buah sekolah berasrama penuh," katanya pada majlis menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz antara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bangunan Parlimen hari ini.
Maszlee menarik perhatian bahawa pendidikan tahfiz semakin berkembang dan mendapat perhatian ibu bapa kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran dan kelebihan yang diperoleh jika memperoleh gelaran Al-Hafiz.
"Dalam pembentangan belanjawan negara baru-baru ini, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada sekolah tahfiz yang berdaftar.
"Secara keseluruhannya, kementerian komited dalam melaksanakan pelbagai usaha sama ada dari aspek kurikulum tahfiz, pentaksiran, pensijilan, perjawatan dan latihan guru bagi mengiktiraf pendidikan tahfiz dan huffaz setanding dengan pendidikan arus perdana di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBT
#Kementerian Pendidikan
#Maszlee Malik
#sekolah menengah aliran agama
#sijil tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan